Wednesday, December 15, 2010

undur masa

Andai dapat ku undur masa..
Macam ada banyak perkara yang ingin aku ubah..
Dengan harapan setiap perkara yang menyakitkan tidak berlaku dan pasti keadaanku bukan begini..
Namun,
Aku tak mahu kehilangan semua yang aku ada sekarang meskipun bukan milikku..
Apa yang aku ada kala ini sangat bernilai dan pastinya untuk berada dalam keadaan ini bukanlah percuma..
Aku tak mungkin berdaya nak membayarnya..
Dan apa yang diberi adalah lebih banyak dari yang diambil..
Semua ini sudah mencukupi.
Lalu,
Jika semua ini bakal diambil kembali tiadalah dayaku menahan..
Begitupun,aku tetap rasa tidak perlu ku undur masa..
Kerana Dia lebih tahu akan setiap yang berlaku..
Dan tidaklah Dia menganiaya hambaNya kecuali diriku sendiri..

No comments:

Post a Comment