Wednesday, December 15, 2010

undur masa

Andai dapat ku undur masa..
Macam ada banyak perkara yang ingin aku ubah..
Dengan harapan setiap perkara yang menyakitkan tidak berlaku dan pasti keadaanku bukan begini..
Namun,
Aku tak mahu kehilangan semua yang aku ada sekarang meskipun bukan milikku..
Apa yang aku ada kala ini sangat bernilai dan pastinya untuk berada dalam keadaan ini bukanlah percuma..
Aku tak mungkin berdaya nak membayarnya..
Dan apa yang diberi adalah lebih banyak dari yang diambil..
Semua ini sudah mencukupi.
Lalu,
Jika semua ini bakal diambil kembali tiadalah dayaku menahan..
Begitupun,aku tetap rasa tidak perlu ku undur masa..
Kerana Dia lebih tahu akan setiap yang berlaku..
Dan tidaklah Dia menganiaya hambaNya kecuali diriku sendiri..

hujung tahun bro!!

2010 pun telah masuk ke separuh masa kedua..separuh masa pertama telah lengkap dibukukan.. sama ada bukunya tebal dgn kenangan nan indah atau sebaliknya.. biar apa pun yg termuat dlm coretan buku itu ianya telah melengkapkan perjalanan hidup kita. Namun masih bersisa 2010..mungkin kan termuat dlm coretan episod separuh masa kedua ini dgn pelbagai impian yg tidak disangka-sangka..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. Keajaiban yg berlaku atas kehendak Nya yg menginginkan hambanya terus bersyukur atas nikmat yg diberikan. Berdoa dan terus berdoa adalah senjata utk terus menguatkan keyakinan diri.. kekuatan hati yg sering kali dicabar oleh keadaan sekeliling. Namun hati tetap tabah dalam menghadapi semuanya. Andai ini titik noktah atau ini garis permulaan kan ku sambut ianya sebagai sebuah keramat mendewasaan diri yg kian mengenali kehidupan antara nafas yg masih bernafas.

Thursday, December 9, 2010

BLuEs UnTuK aKu...

.Kasih sayang bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sendu sedan tapi kasih sayang menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak duri penghidupan..."